Summer is summering

Assalamualaikum!

Dah nak dekat setahun tak update apa-apa dekat sini T.T

Sebab banyak fokus dekat platform lain, tiap kali nak tulis dekat blog je mesti tergendala (okay enough alasan)

Hari ni, Jumaat 2/8/2024 last class untuk semester ni. First time sem habis tanpa ada assignment yang due sebab kali ni banyak exam, ada report pun due date awal, 2 minggu lepas. Setelah 2 minggu tak cukup tidur, dah boleh hibernate dengan tenang!!



walaupun dah terlambat, ni azam tahun ni. What amaze me is, Travel list hampir tick semua, baito pun alhamdulillah baru start sikit-sikit. Padahal awal tahun tak pernah terfikir pun akan dapat pergi jalan dekat tempat-tempat tu. Tu la orang kata the power of manifesting. 

Sejujurnya, sebab sesak sangat jadual summer break kalini, macam risau jugakla duit ni cukup ke tak eh? tapi  bak kata orang lagi, "if you want, you would" Hm betulke tak ye ayatnya tapi tulah kena pandai-pandai berjimat jugak, semoga cukup je semua amin..

Antara yang belum tercapai dan tak nampak masa depan lagi is pandai naik basikal. Bukan taknak berlatih, tapi jalan dekat sini berbatu, lepastu winter dia agak panjang so musim spring dengan summer je boleh bawak basikal tu yang macam susah nak pandai tu xD Takpe dah plan nak belajar naik dekat rumah Dayang juga, harap dapat strike the bucketlist!

+ ni takde dalam list azam tahun ni, tak sangka jugak tapi dapat debut dekat surat khabar Jepun, bukankah itu satu pencapaian? Nak masuk dekat surat khabar/tv Malaysia punyalah payah, sekali pun tak pernah xD 

Sebab tak subscribe surat khabar dekat Jepun ni, boleh tengok dari gambar yang kawan send jelah news nya. Tapi ada sorang pak cik kenalan yang boleh cakap BM ni dia offer surat khabar dia T.T Terima kasih pakcik akan saya simpan tunjuk dekat cucu cicit 



Apa yang boleh di summarize kan, semua ni boleh sebab networking. Ada orang nak interview ni pun sebab kenalan Japanese yang introduce. Sebab selalu join event held by foreign society dekat Hakodate ni, tu yang diorang kenal. Then start daripada situ jugak dapat start baito, and I actually like the kerja, sebab translate dan check translation untuk websites city hall. (Wow sebab ada pilihan bahasa melayu) Ada jugak kadang-kadang kena handle event/program untuk foreigner dekat sini. Alhamdulillah, semua ni sebab kita kenal orang. 

Sekarang baru sedar pentingnya networking. (Tapi tak mampu lagi nak networking dengan syarikat Malaysia sebab saya introvert dekat tempat yang ramai Malaysian) T.T 

Semalam tengok Minato Matsuri, ingat lagi tahun lepas tak boleh nak tengok sebab ada class pukul 6~7:30 petang. Lepastu dengan busy sebab banyak reportnya, tahun lepas masa sekarang ni tak boleh nak rehat pun lagi T.T Yoku Ganbattanee, looking back I've been struggling with my classes and assignments, rasa macam separuh gila (padan muka siapa suruh ambik banyak class) , failed a few times, cried a lot sebab kena ulang exam (report), sekarang bila ingat balik it's a bittersweet memories.

Thank you my past self, you've work hard *hugs*
Mari kekalkan that momentum

Sekarang masa untuk healing//

pesanan untuk diri sendiri dan sesiapa yang boleh relate ;

Comments

Popular Posts