Eid Hanami 2023

 

p/s: nama dalam jepun tu orangnya typo la kot kita husnuzon jelah T.T

Assalamualaikum! harini kita nak throwback raya time bulan April haritu~

Baru menyempat and rajin nak tulis so excuse me! 

So this was my first time raya di perantauan :') Alhamdulilah raya tahun ni jatuh time hari Sabtu, tak payahla kita frust kena pergi class eventho raya. Habis je class tengah hari Jumaat, terus prepare masak-masak dengan senior dekat rumah. Kitaorang buat sikir-sikit ja sebab nanti masing-masing datang bawak makanan diorang jugak. So yang perempuan masak nasi lemak,ayam goreng,sate and ada cocktail. Yang lain tolong tambah-tambah yang lain.

Penat ye, stay up malam tu masak lepastu bangun pagi makan dalam pukul 8 sebab pukul 10 kitaorang join event Hanami (tengok sakura) dekat taman area rumah with budak-budak kosen. Sebabkan ada ramai resident indonesia yang join jugak, mostly makanan time piknik tu boleh makan, inshaAllah. Oh btw saya sempat lagi buat cornflake madu ekspress pukul 4 pagi xD demi vibe Malaysia tu, tak lengkap kalau tak ada kuih raya.



Rasa macam syahdu jugakla sebab tak dengar orang takbir live ;') Oh gini rupanya raya di perantauan, eventho rasa macam tak biasa tapi bolehla buat raso-raso. Baju raya kena delayed dekat airport so tak sempat nak pakai baju raya yang nenek jahit huhu.



Lawa sangat view dekat Goryoukaku Park ni, recommended place nak tengok sakura dekat Hokkaido. Kebetulan masa raya pertama tu, sakura memang tengah full bloom that's why cantik gini. Tapi, hari tu serious angin kuatttttt sangat habis terbang tikar picnic, dengan berbaju kurung and jubahnya, sangat tidak ramah ye angin haritu. Lepas dah hais picnic, balik rumah terus pengsan sebab penat masak xD macam manalah mak-mak and nenek yang selalu masak banyak untuk family time raya tu, hebat betul. Kita yang muda ni pun semput and berkecah dapur. Pastu sebab masak-masak ni maily dekat my house, bil gas and elektrik bulan tu tinggi yang amat. Terkejut tengok tapi takpelah moga ada pahala.



ni gambar time golden week, buat nasi ayam dengan senpai, sedap guys. Senpai takde memang takla nak masak sedap-sedap gini, I iz terharu.

Comments

Popular Posts