Sapporo #2

 

Assalamualaikum guys, sebabkan summer holiday dah nak habis, here I am baru rajin nak tulis dekat sini.

#2 sebab, dah 2 kali pergi Sapporo, tapi nak cerita yang 2nd time ni sebab finally seorang husna berani commute sendiri pergi tempat jauh dekat jepang. First time pergi tu dengan senpai (senior) masa akhir Ogos, yang 2nd trip ni pergi akhir september secara impromptu ya xD

Awalnya takde plan pun nak pergi, tapi sebab tiba-tiba senpai mesej petang khamis ajak join program time weekend dekat Sapporo. Tapi, programnya Jumaat malam! so nak taknak kena gerak esok pagi tu juga, dengan semua benda tak reti huhu. Lepas dah tanya2 and survey semua, esok pagi tu gerak la Hakodate Station, sebab nak naik Tokkyu Densha. Nak naik bas actually sebab lagi murah, tapi bas biasa kena book awal, so tiket nak gerak haritu semua dah habis. so yeah, rapid train it is. Tutup mata jelah bayar, demi pengalaman. Time tu hujan je seharian, nasiblah tak bawak luggage.



rapid train ni nak sampai sapporo, lebih kurang 4 jam, harga one way kalau convert RM286.17 hehe mahal kan. Takpelah, bila lagi nak jalan jauh sorang kan? sebab dia rapid, tu yang jadi mahal tu. Kalau naik bas, RM157, 6 jam nak sampai. That's why orang kata 'masa' tu yang mahal. klah bebel pulak.

Nah gambar tiket, even korang tak mitak xD. Mesti orang fikir, kenapa tak naik Shinkansen (bullet train ) je, kalau nak cepat. Unfortunately, dalam hokaido takde shinkansen ya kawan2. Ada dari honshuu sampai hakodate je. Tapi tak silap 2023 ni bullet train dalam Hokkaido nak siap dah. Dengar cerita la ye, kalau ada duit lebih nak try naik :)


Program habis sabtu pagi, so lepas subuh tu kitaorang tak tidur (ceh nak flex) and pergi jalan-jalan dekat Nakajima Park, dekat dengan air bnb . Ingatkan kecik ya, rupanya besar jugak. Time dekat situ, ramai pakcik makcik Jepun yang cakap konnichiwa dekat kita orang :') my heart felt warm eventho suhu time tu 19 celcius . 
 
Kalau datang time peak Autumn, mesti cantikkk sangat sebab banyak maple tree and ginko. Tapi ni masih awal-awal lagi so pokok still hijo.



Malam before balik, husna pergi makan yakiniku yeahhhhh finally dapat makan daging for the first time lepas sampai Nihon :"D sejuk perut saya. Kedai ni ada ada halal meat, so order yang all-you-can-eat , tambah 8x ya supaya worth it. harga total semua  kalau convert = RM415 lebih kurang.

(❁´◡`❁), memang boleh repeat sini lain kali datang 


Before bertolak naik bas, senpai belikan cheese tart+apple pie ! <3 Ni original cheese tart from Hokkaido tau :)
Kenapalah kedai2 ni tak ada dekat hakodate :( dislike. 

fuh penatnya taip. okay lain kali kalau rajin saya datang lagi nak bawak kawan2 and family,amin!

20220929 (1517)

Comments

  1. what an experience! kena take note untuk dtg jepun la lepas ni hehe. part convert duit tu nampak mahal betul, but what matter most is the experience org kata. giteww. all the best kat sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank youuu! to more solo trips <3 pasal duit tu, memang tak boleh selalu convert la, sebab memang harga standard dekat sini mahal T-T btw Jepun dah open border tuk tourist hehe mehla datang ^^

      Delete

Post a Comment

شكرا جزيلا

Popular Posts