Pengalaman pergi daurah 2019.

Assalamualaikum, :)


Ni cerita akhir tahun lepas sebenarnya tapi sebab taknak lupa so apa salahnya kan?

Ok, daurah yang Husna pergi ni untuk belajar kitab. Mula-mula tu kawan yang ajak sebab dia dah pernah pergi tahun sebelumnya (2018). Masa tu ada hal jadi husna tak dapat pergi. Alhamdulillah, spm tahun lepas habis awal jadi takde masalah la nak join.  =)

Daurah ni nama dia Daurah Kubra 8.0  and biasanya tarikh mula dia 1 Disember jadi 31hb tu dah kena ada la. Bayangkan eh, 28hb tu (Khamis) paper last husna untuk spm then ahad tu dah kena gerak pergi Melaka. Penat memang penat, tapi kenalah berkorban sikit nak tuntut ilmu kan?

Ha btw daurah ni dekat Pondok Baitul Qurra' wal Fuqaha', Payasum, Melaka. Rasanya pondok ni famous jadi orang Melaka mesti tahu kan? Daurah ni tempoh dia 2 minggu so toileteries dan baju² semua macam nak pergi asrama la.

Husna sampai sana dah petang, sebab bertolak lambat. Lepas habis daftar dan bayar yuran dia (RM 200) , bersiap² la. Husna join tu dengan beberapa kawan sekolah so awal² tu memang sembang kita² je la hehe.

Petang tu kitorang taaruf dengan satu bilik. Bilik dia tak besar mana tapi total yang duduk situ lebih kurang 30 orang. Actually bilik tingkat bawah ni untuk yang sekolah menengah ke bawah. Jadi, kitorang la yang paling senior. Yang paling kecik umur dekat situ 8 tahun pun ada tau. Bayangkan, kecik² mak ayah diorang dah hantar pergi program macam ni, walaupun tak faham sebab ada bab² yang berat, at least masa cuti sekolah terisi, ye tak?

Malam tu kelas pertama kitaorang adalah kelas adab which belajar Kitab Riyadhatus Sibyan (cara nak didik anak). Apa yang Husna suka, setiap kali kelas, mesti akan ada orang yang conduct qasidah time tengah tunggu ustaz. Btw dekat sini, 2 jam before kelas biasanya orang dah gerak pergi kelas. Awal kan? Sebab nak cop tempat duduk, husna yang noob² lagi ni dahla lewat  lepastu duduk belakang pulaktu ish ish .

Lagi satu, lepas habis kelas adab, ustaz akan suruh mana-mana muslimin untuk conduct lagi qasidah. Dapat qasidah yang best² and familiar, wah rasa bersemangat lain macamm ;)

Habis kelas, kitaorang get ready nak tidur. Serious talk, awal-awal tu memang tak biasa la duduk bilik tu ramai-ramai. Bila semua berkumpul,dia jadi agak padat so I wonder macam mana nak tidur nanti? Alhamdulillah ada sorang akak pondok yangg adjust kedudukan tidur kitorang, kaki menghadap, semua satu arah. Takdela susah nak keluar karang terpijak kepala orang! Huhu.

Finally dah dapat port nak tidur, semua masalah settle. Kitorang tidur ni bertoto ye, lepastu setiap pagi akan ada gotong-royong lepas tadarus gilir² ikut group tadarus untuk elak tidur lepas subuh.

 Tengah tunggu nak breakfast 😁

Kalau belajar, minggu pertama tu khatamkan kitab adab dulu. Lepas dah habis, fokus dekat kitab Fiqh pulak which kitab yang diguna ialah Kitab Safinatunnaja. And kitab terakhir adalah Kitab Usuluddin yang diajar oleh Mudir pondok sendiri.

1 hari ada kelas 3x. Pagi, lepas zohor and lepas isyak. Selain waktu tu semua free time ikut suka la nak buat apa. Basuh baju ke, makan ke. Makan pun semua disedakan yelah dah bayar kan.

Of course, makan pakai talam! :D
Kena cukupkan 7/8 orang baru boleh proceed. Settle makan, sesiapa yang volunteer nak basuh bolehla beramal. Kalau pasal makan, memang takde masalah. Yang masak untuk every meal pun akak² pondok and kadang tu ustazah pun tolong jugak.
Semua sedappp. Untuk orang yang sentiasa lapar macam Husna, ada je orang yang jual roti, ais krim cream o dia paling legend, hari² kitaorang beli! 😝


Lagi yang fav, setiap antara maghrib isyak hari isnin dan khamis, ada BURDAH! Excited tau masa first time tu baca. Ada banyak fasal and setiap tu lagu lain². Tapi paling double tap masa fasal ke-4, syahduuuu. 😭

Kawan husna ada record. Majoriti setiap kali ada yang pegang mic untuk qasidah, kitaorang akan kelam kabut nak record. Sebab? Sebab qasidah dia rare. Serious. Susah nak dengar dekat luar kalau ada pun, rentak tak sama.


Nak keluar? Boleh. Ramai je muslimat yang pergi kedai beli barang tapi kena lalu jalan belakang, sebab nak elak terserempak dengan muslimin. Pandai² la manage masa takkan hari-hari keluar kan? Husna dengan kawan² ada la keluar sekali, sebab nak merasa hehe, vibe dia lain sikit jalan dekat area kampung ni 😍

Dah lama tu, makin ramai la kawan, kenal dengan akak² and kawan² dari negeri lain. Tapi major orang Melaka la, kami ni je orang Selangor. Eh tapi ada jugak yang datang dari Kedah, hebat kan?

Apa yang wow, dekat sini Husna belajar untuk latih diri dengan zikir dan amalan harian. Mula-mula tu memang terkumat kamit seba tak hafal and orang lain baca lancar. Lama² tu dah lancar ;)

Antaranya, setiap kali lepas solat fardu, akan baca Wirid Sakran. Lepas subuh, baca Wirid Latif, dan waktu solat lain, baca Ratib Al-Haddad. Gigih awal-awal tu dengan tersengguk nye πŸ˜‚, lepastu inshaAllah, semua okay.

Masa belajar Fiqh, boleh tanya soalan dekat ustaz. Maka segala yang bersarang dekat kepala ni pun sedikit sebanyak terjawab, Alhamdulillah. Masa kelas lain pun boleh tanya tapi bab Fiqh ni yang banyak khilaf kan.  Sampai penuh kotak soalan tu dengan kertas πŸ™†

Malam terakhir tu, Mudir pondok bagi sanad untuk wirid sakran dan ratib haddad, so semua kena cakap "Ω‚Ψ¨Ω„Ψͺ" maksudnya untuk terima sanad tu. Yang tengah blur² tu cepat-cepat cakap lepas tu πŸ˜‚

Banyak lagi benda yang best dekat sini, tak mampu nak cerita semua. Tempat ni maqam dia tinggi, sebab adanya ulamak. Ada rezeki, boleh nampak awan kalimah Ψ§Ω„Ω„Ω‡ . Hari² terakhir tu semua pakat tengok awan je hehe.

Ha terlupa pulak. Dekat sini jugak Husna belajar nasab nabi. Tapi takdelah full sebab yang atas² tu banyak khilaf. Allahu ceteknya ilmu kita 😭



Doakan Husna, nak pergi lagi akhir tahun ni. Pondok BQ ni ada lagi buat daurah cuma waktu tu tak sesuai untuk seorang husna contoh macam daurah musim bunga dan musim panas. Tapi sebab still sekolah kan, takboleh la nak ponteng gitu je. πŸ˜’

Siapa yang nak rasa vibes macam ni, kena try sendiri, tak tipu. Susah nak dapat dekat tempat lain, biah macam ni,
Kalau kelas tuisyen kita onz je bayar mahal², ilmu agama kenapa tak boleh kan? At least sekali seumur hidup la. Tak rugi apa pun. πŸ’•

Okay sekian.
Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts