Dua puluh dua puluh.



Assalamualaikum ๐Ÿ˜˜

Ya rabbi, dah berapa tahun tahun bukak blog!!!

Yelah, bukannya ada orang nak baca pun, hihi. Hm, dah 2020 dah kawan²,(ya semua orang tahu) dah akhir Mac dah pun. Itulah dia, mereput duduk rumah masa wabak Covid19 ni barulah teringat blog ni still wujud.

So any life update? Saya dah habis sekolahhhh! 2 tahun kebelakangan ni sibuk dia tak payah cerita la. Mengalahkan perdana menteri. Kelas pagi petang siang malam, hujung minggu tu rehat pun hari ahad lepas zohor. Waktu lain? Toksah cerita, macam nak pengsan. "Hahaha macamlah aku sorang je pernah jadi f4 f5", yang berpengalaman, mesti faham kan?

So adik² selamat mengharungi zaman paling busy tapi paling best. Masa awal tahun tu sabar je, lagi 9 bulan nak keluar sekolah. Dah tak tahan sangat. Cehh,padahal belum berani nak hadap dunia luar. Enjoy je every second, lest we regret, ok?

Tapi tiba tiba tahun ni, pakai uniform sekolah lagi :(
Sambung stam, nak buat macam mana? Takpelah asalkan baju kami lawa ;)

Susah jugak ye jadi tingkatan 6 ni. Macam dipulaukan. Dahla kitaorang tak ramai, keluar je result Spm, semua cau. Kita tunggu je siapa yang dapat survive sampai exam nanti.
Faham, siapa je larat nak hadap 10 subjek dalam bahasa arab, 1 je subjek duniawi which is Muet, huhu. Spm baru berapa bulan yang lepas, phew. 1 bulan cuti tak cukup T.T

Oh ye, jadi f6 ni, banyak jugak tanggungjawabnya. Kamilah badar, kamilah nuqaba'. Lepastu wakil KAMIL pun nak ambik budak² stam. Uih bertabahlah semua.

Jadi azam tahun ni (ehe ehe tak terlambat lagi kan?) nak jenguk blog selalu, nak post selalu, hm harapnya menjadilah, amin.

Lagi satu, untuk sesiapa yang pernah terbaca atau baru nak baca posting² sebelum ni, saya minta maaf awal-awal ye kalau cringe ke apa. Nak delete, sayang pulak, kenangan. Biasalah zaman² ribena tak matang lagi, tu yang ayat semua rasa loya tekak bila baca dan thank you, sebab sudi baca <3.

Yang pernah datang jenguk tu, jangan lupa drop your blog url dekat cbox,ok? Nanti bila² free, saya blogwalking ye (kalau rajin) =3

Jumaat, 27 Mac 2020.


Comments

  1. Assalamualaikum enti. Saya adore dengan kehidupan enti yang smooth and macm heartwarming and enti punya entry pun santai. Jangan lupa post lagi! Chaiyok Husna!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

ุดูƒุฑุง ุฌุฒูŠู„ุง

Popular Posts