Hey.

Assalamualaikum and hi! =D



Hm, cuti 2 minggu tapi dah nak habis baru menyempat nak jenguk blog. -.-
Jadi, apa khabar semua? Belum terlambat kan husna nak ucapkan selamat berpuasa?
Terawih amacam? sihat idok? witir buat tak? Belum lagi tanya solat dhuha, hm. Allahu.

Asyik melagha ja duduk kat rumah. Tu la antara sebab musabab seorang husna tak suka duduk rumah time bulan puasa. Kebanyakan orang suka. Ye la, bulan mulia ni di samping keluarga and orang tersayang, siapa yang tak nak?

Tapi pendapat husna lain. Dekat sekolah tu macam tempat untuk beribadah, muhasabah, tambah
pahala. Bukan dekat tempat lain tak boleh buat, tapi dekat situlah dorongan untuk berubah tu timbul, bangkit dari kefuturan duniawi. *says the girl who watch kdrama all day long during holiday*

Urm, yep. kdrama lah peneman setia Husna selama cuti ni. Nampak tak? Lemahnya iman ni. Padahal syaitan tengah dibelenggu. Siapa 'syaitan' sekarang? *tepuk dada, tanya diri* Allahu :'(

Jadi dekat sekolah la salah satu platform untuk beramal.(buat beginner macam saya)
Oh ye, siapa selalu takde mood nak study lagi-lagi bila dekat rumah? angkat tangan! *sep sikit!*
Tak berusik buku-buku. Action betul bawak banyak-banyak! (that's me)

Haritu kakak Husna ada tunjuk satu website ni.
Nama website tu RainyMood. Klik la cepat~
untuk mereka diluar sana yang jenis belajar ikut mood, dan selalu tak dapat mood tu~ huhu.
Benda ni bukan je untuk study tapi untuk tidur pun boleh. Tenangkan dengar bunyi hujan?
Ke takut guruh?? =p

Tapi kalau nak lebih cepat, tanpa guna internet (tapi nak download kena guna ye) semasa guna, boleh la download app ni. Sleepo.
Actually ada banyak lagi apps yang sama functionnya tapi yang ni lah paling rated. Jadi apalagi?
Kalau pakai earphone atau headphone lagi bagus, supaya takde lah anasir dan bisikan mahupun hasutan menggangu. hehe.

Husna excited dan rasa gembira sebab teknologi sekarang ni sangat membantu macam application ni.
Oh ya, kalau korang tahu apps atau website yang bermanfaat dan boleh membantu sebagai pelajar, boleh la share!

Harap membantu =)

Yours truly,
H.






Comments

Popular Posts