I'm back dan new look.

Assalamualaikum!

Setelah bersawang blog ni, saya kembali untuk... membersihkan sawang(?)
ok, rasa awkward sebab dah lama tak menaip.

Rinduuuuunya nak aktif blogging balik lepas berbulan-bulan terbengkalai, sobs.
Act, ada post entri tapi bila fikir tiga empat kali, lain kalilah! Jadi, entri tu pun dijadikan draft sebab kufikir nak sambung bila free tapi malangnya idea tu lenyap bilamana bukak blog, erghh.

Tapi takpe, saya cerita apa yang terlintas je la.
Oh ya, new look yeay! tak banyak yang berubah. Cuma tukar header dengan background.
Ada jugak terfikir nak tukar mood blog ni tapi lain kalilah. (Sebenarnya dah tak mahir sangat since lama tinggalkan blog tak bercuit. muehehe)



Before PAT (periksa akhir tahun),dorm saya dah tutup tabir dengan jamuan. Dan jamuan tu usually dihandle oleh f2 maka kamilah yang kena atur semua! Dress code, request, juadah dan aktiviti(s).

Jamuan tu bukanlah saya nak kata 'jamuan of the year' tapi boleh la jadi sweet memories untuk kami yang handle ni serta warga B4:3 yang lain. Dengan kekangan masa, periksa yang makin dekat, saya dan dua kerat kawan yang lain berjaya tamatkan jamuan tu, Alhamdulillah.

Tema yang kami tetapkan adalah kartun childhood dulu-dulu. Jadi, dress code kena macam karakter yang kita pilih. For example, saya pilih kartun patrick star, jadi saya pakai baju pink + kain hijau.
Tapi, tak boleh bagitahu orang lain, karakter apa yang kita ikut, sebab ada game nanti!


Mind the messiness.


Great teamwork  guys!

Biasalah adat akhir tahun,jamuan di mana-mana. Kelas saya juga tak terkecuali :)



Alhamdulillah, isi perut dengan 2 ketul ayam kfc. Worth it.
Tahniah kepada Mai, sebab jalankan kerja bendahari dengan cemerlang (siap dengan surat ugutan)
:p

hm. tu je buat masa ni yang terlintas banyak lagi nak kongsi.
Apa pulak cerita akhir tahun korang?

Assalamualaikum~






Comments

Popular Posts