Turn over a new leaf

Assalamualaikum!

Hey there, it's me, Husna, again!

Dah lama sangat tak berblogging sampai saya terlupa url blog ni, sadis teramat. *lap air mata*
Sejujurnya, saya memang dah lama sangat nak perbaiki blog yang bersawang, kusam dan tak berpengunjung ni. Maaflah saya sibuk semenjak dua menjak balik asrama ni, tak menyempat nak jenguk blog ni. (btw who cares?)

Jadi, first step saya untuk menyerlahkan kejelitaan blog ni adalah dengan put on some-makeover-lah-kan! Am I right?  After done tempek bedak sana sini, nak kena fikir tema blog ni wether happy, gloomy, pinky , flower-mower and whatsoever untuk menaikkan mood pengunjung budiman tetamu terhormat saya, ehem.

Next step, perbaiki penulisan saya yang sejak azali tak mantap, haih. Maaflah kepada mereka yang tak faham 'rojak', boleh rujuk kamus dewan bahasa edisi ke-6. *hiks*
Apa saya boleh buat, otak saya berfungsi macam tu. Actually, we have to be grateful that Allah gave us brain, okay? Saya gembira dengan otak 'rojak' yang saya miliki, takmau kufur nikmat ye kengkawan!

Seterusnya, saya kena,perlu, wajibun 'alayki (saya) untuk melawan hawa nafsu sebesar gajah untuk meringankan tulang-temulang, sendi-sendi jari-jemari agar selalu up-to-date fasal isu semasa, ewah!
Blog ni terhasil atas kerajinan saya yang tinggi namun blog ni tergendala atas kemalasan saya yang ekstrem!

Oh ye, entri-entri yang saya akan hasilkan pun perlu menepati citarasa serta diselitkan dengan gambar-gambar menarik yang menambat hati, amboi! Pemilihan entri mestilah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pasti. Pendapat saya sendiri juga perlu. Antaranya, menyelit seboleh-bolehnya elemen dan input yang membentuk generasi muda zaman sekarang ke arah kesatuan ummah! Yang boleh dihadam remaja zaman sekarang dalam menongkah arus globalisasi yang kian membangun! *apekah?*

Wah, tinggi cita-cita, matlamat hingga ke bintang! Persoalannya, berhasilkah diri ini mengejar bintang-bintang tersebut? Mohon jasa baik kalian untuk mendoakan ana terus maju dalam bidang blogging ni. Walaupun saya ni tak mahir dan hanya biasa-biasa, in sha Allah berkat doa kalian saya bakal menjadi luar biasa!

Assalamualaikum!

Zaidatul Husna, Januari 24, 1:01 p.m.

Comments

Popular Posts